Thursday, August 21, 2014

Rumah Pertama Kami

Setelah hampir 4 tahun berteduhkan rumah sewa di Bandar Baru Bangi, akhirnya kami berjaya memiliki rumah sendiri. Walaupun rumah lelong tapi Alhamdulillah keadaan rumah sangat2 la tip top. Kawasan perumahan baru ni dekat saje dr rumah sewa... so kos utk pemunggahan barang xla mahal sangat.

Antara kemudahan yang paling aku suka sangat ialah Pasaraya Bintang (skrg dah convert jadi Giant Supermarket Kajang), 3 outlets 99 Speedmart, 3 kedai mamak yang super power, restoran bertaraf dari 3 – 5 bintang pun ada kat sini… sbb tu saya suke kawasan ni…

Semuanya bermula dari……

Tahun 2010, semasa bekerja di MBSB Cawangan Leboh Ampang, ternampak satu pamplet Auction House dr MBSB. Belek punya belek ternampak satu property yang betul2 dekat dengan rumah sewa yang sekarang ni. Kire mmg dah jodoh la kan…

Tapi yang x bestnya lagi 3 hari je nak Auction rumah tu… mana la nak cekau 5% deposit rumah tu.. tapi akhirnya dapat juga kami kumpul dgn simpanan sendiri dan dr kawan2 yang sangat baik2 hati… (untuk pengetahun semua utang pinjam rumah dah langsai ye gune duit EPF 3 tahun lepas)

Lebih2 untung bile masa auction tu kami x pergi sana sbb banyak keje… so just wakilkan staff MBSB je utk deal dgn auctioner tu… akhirnya dapat juga rumah tu dgn sekali auction… selamat dan deal closed…


Nak cerita untung tau tak beli rumah lelong ni bergantung pada nasib. Ada “pro’s n con’s” beli rumah auction ni.. semua kena check dengan sendiri.. bil selenggaraan yg tertunggak, cukai pintu yang tertunggak, bil elektrik dan air dan segala macam mak nenek bil la kena check. Tapi yang paling penting kena la semak dgn developer if bank dah full released atau x progress billing pada developer.. Kenapa saya ckp macam tu… sebab saya kena bayar 2.5% remaining balance yang bank x disbursed lagi pada developer…. Nampak macam payahkan… Yess mmg payah dan mmg frustrated… (Sabar itu mmg teruji… namun redho) tp sebab dah tekad nak sgt2 rumah tu… so layankan aje…

Rumah ni pulak size die dah macam rumah teres 1 tingkat sbb keluasannya ialah 1200sqft… huh besar kan… mmg sangat besar.. dr bilik nak ke dapur je dah makan 1 minit (nmpk sgt nipu kan… xde la smpi mcm tu… cume mmg terasa jauh la) nak mengemas pun penat… fuhh…. Ada 3 bilik tidur, 1 bilik utility, 3 bilik air (semua ada tandas duduk tu ye), 1 ruang tamu, 1 dapur basah, 1 dapur kering dan 1 ruang makan… erm.. nampak tak kebesaran rumah tu…  

Dalam banyak2 apartment yang aku pergi, ni la first time jumpe apmt 4 tingkat yang ada perkhidmatan lift… (tang lift tu lagi aku suke dan beria2 nak beli) so aku dapat la tingkat paling atas dan paling tepi… (so privacy are speechless)

Sekarang ni dah genap 4 tahun kami duduk di situ, dan bermacam2 perkara telah terjadi… tapi saya ambil itu sebagai lumrah hidup… Oleh kerana itu rumah sendiri.. so nak renovate or hias2 tu x la rasa teragak2 sbb mmg dah rumah kami sendiri kan.. sape nak marah….

Bila ada rezeki lebih yg terpijak tu kami berjaya kumpul wang untuk buat renovation (kire major juga la) Mula2 appoint Interior Designer from Me-Layu company… erm.. nak tunggu die dtg ukur rumah dah makan seminggu… then hari yang ditunggu pun tiba… die ukur bagai semua… so just wait for the quotation la… erm.. nak tunggu quotation pulak makan 3 minggu… itu pun dah bertekak2 dlm email baru nak hantar… so total renovation costs are around RM45K… fuh…. Over the budget gitu…

So, kami pun saje tgk dan survey tempat lain… maka bertemu la dengan Intect Kitchen, owner die Cina… Jeff nama die… mmg sangat peramah, muda, pembersih dan cekap… umur dlm lingkungan lewat 20-an… Rupa-rupanya die CEO company tu ye… tp mmg sempoi mamat ni…

Setelah selesai ukur2 setiap pelusuk ruang yang ada… die minta izin nak tumpang sketch atas meja makan… x sampai 30 minit… die dah siap sketch dan siap dgn quotation lgi.. which the price is half from the Me-Layu company and the design almost the same but much better ye… double thumbs up to Jeff…

Herankan… we want to help bangsa kite but bangsa kite suke nak cekau kite hidup2… if anyone nak renovate rumah, kitchen, plaster ceiling and wiring, he is the one… cukup lengkap dgn expertise mereka… mmg amanah, jujur serta ikhlas…


Ok la.. nanti kite blanje gambar pulak ye…